Monday, December 19, 2011

Apa milik kita? Gadget? Efisyen yang penting!

"Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya"

"Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya" - Rabbani, Mana Milik Kita.

Mana Milik Kita; sebuah lagu yang asalnya dibawakan oleh kumpulan Nadamurni dan kini didendangkan semula oleh kumpulan Rabbani, adalah sebuah lagu yang cukup menginsafkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. - Taken from  Sini.


Tak ada satu pon yang menjadi milik kita. Hatta diri kita sendiri bukan milik kita. Semuanya hanyalah pinjaman sementara. Nikmat yang Allah bagi sebagai loan. Manfaatkan sebaiknya.

Ini merupakan salah satu cabang akidah bagi manusia secara amnya dan bagi muslim dan mukmin secara khasnya. Tanpa kita sedari, kadang2 kita sanggup bermati2an mempertahan apa yang kita sifatkan kita punya. Walhal semua yang ada kat dunia ni adalah Allah punya. Bila Allah tarik nikmat sikit, maka kita bermuram durja. Mana iman kita?

Harta yang kita ada, itu pon Allah punya.
Nyawa kita, Allah punya.
Roh kita, Allah punya.
Rumah kita, pon Allah punya.
Kereta kita, Allah punya.
Gadget kita? Allah punya jugak.
Duit kita, Allah punya.
Rezeki? kompem2 Allah punya.
semua2 lah... kalo nk list satu2 mmg xckop la nk taip sume kt sini.

So, kepada manusia2 yang tak sedar diri tu sila lah ingat balik. takyah nk "Ek" sangat ngan ape yang kita ada. Sebab semua tu bukan milik mutlak kita.

OK. Cukop Introduction. Kita masuk pulak bab "Alat/Gadget". Haaa... (*What?*)

Semenjak dua menjak ni, hamba sering menelek dan wat survey tentang handset/pda/smartphone yang ada kat pasaran. Sebagaimana kita semua maklum, teknologi semmartfon ni dah berkembang gila laju. Memang da sampai tak ter-catchup da. Dengan iphonenye, htc, samsung, sony erikson, motorola, nokia dan laen2. Serta beribu2 aplikasi yang disertakan digedung2 webapps iphone dan android. Kadang2 sampai naik semak nk pilih yg mana satu.

Kebetulan, hanset hamba telah ter-berenang-renang didalam mesin basuh. Maka memang "habes"lah enset hamba tu "kong". Ini semua gara-gara telupa nak keluarkan dari seluar mase nk basuh baju. (Isteri takde kat rumah, berpantang kat Banting. Jadi basuh baju sendiri. Camni la jadiknya..) Jadi, hamba mula mencari handset baru..

Disepanjang pencarian dan penilikan serta investigation hamba ke atas handset/semmartfon yang ada kat pasaran, hamba kembali kepada konsep asal keperluan handset. Dan hamba juga narrowdown-kan juga jenis penggunaan dan applikasi yang hamba rasa perlu diutamakan dalam handset and semmartfon. 

Akhirnya hamba sampai kepada satu konklusi: Handset / semmartfon ini hanyalah alat untuk melancarkan kerja dan urusan hidup kita.

Setelah konklusi dikeluarkan, hamba perasan yang umat manusia sekarang ni banyak buang duit ke atas gadget2 yang dorg langsung xreti guna atau hanya tau separaguna atau lebih mudah istilahnye, underutilized usage by the user. Gadget mahal. Tapi nk guna sekadar nk antar sms dan call. Apekah? Bukankah itu membazir? Hurm...

Kadang2, gadget2 yang mahal itu hanyalah untuk menunjuk2. Secara tak langsung telah menimbulkan sifat riak + takabbur. Haaa... "Aku ade Smasung Galaxy S II (contoh!). Aku hebat! Aku tech Geek! Aku Canggih! hahaha..." OK. Ini menyampah. Tapi, bukan semua la macam tu. Ada jugak yang fully-utilized dorg punya gadget. Itu bagus. Guna mengikut keperluan. Baru tak membazir. 

OK. Bila kita sebut fully-utilized pulak ada keburukannya jugak. Satu situasi. Pernah tak korang lepak ngan member2 korang kt kedai mamak / restoren / stall or kt mana saja pot lepak. Pastu masing2 layan semmartfon dorg? ade yang men game, BBM, chat, facebookin, twit2, etc. Bila kita tanya soklan dorg respon, "Aaa? Ape ko cakap tadi?" Adoiyai... Agak2 laaa.. Itu ok lagi respon. Kalo jenis tak respon, pastu layan aje semmartfon tu... Baek takyah lepak skali. Korang duk rumah aje laaa. Hamba cukop pantang ngan situasi macam ni. Sila jangan wujudkan situasi mcm ni depan hamba. Menyambah+semak! Pesanan kepada rerakan taulan sekalian. huhu...

Urm.. Function2 laen yang ada dalam semmartfon ni seperti GPS memang sangat membantu. Tapi hamba tak guna sangat. Penah nk cuba guna. Tapi, lagi suka guna jalan yang ada dalam kepala sendiri. haha... Selalunya hamba cuma gugel mapkan aje destinasi yang hamba nak pergi, then hamba akan hafal jalan tersebut. Alhamdulillah, Allah bagi anugerah mudah hafal jalan. Walaupon mungkin sesat2 sikit2, tapi InsyaAllah akan sampai ke destinasi yang dituju. Jadi, secara amnya, hamba tak perlukan GPS lagi setakat ini. Mungkin dimasa hadapan, bila jalan dah bersimpang siur macam haram mungkin hamba akan gunakan juga. Tengok lah keperluan nanti. 

Banyak lagi function2 laen dalam semmartfon yang boleh dikatakan mudah alih dan membantu. Seperti word processor, Office, Pdf viewer, photoshoot, fungsi edit2 gambar, video recorder, etc. Walau bagaimanapun,  Hamba rasa itu semua sudah ada dalam laptop. Dan hamba bukan jenis yang segala2nya mobile. Jadi hamba takperlukan semua itu, buat masa sekarang. Penekanan sekali lagi, Buat masa sekarang. Sebab masa depan kita tak tahu lagi... huhu...

Berbalik kepada pemilihan handset hamba tadi. OK. Last2, Nokia100 is my choice. Not a semmartfon, juz a simple phone. Hhuhu... applikasi yg paling basic untuk buat/menerima panggilan serta sms (Ada radio and flashlight jugak, tapi jarang guna). Cuma RM89.  Murah dan tahan lasak. Bateri tahan seminggu. Rekod bateri handset paling lama hamba pernah pakai. Dan yang paling penting efisyen. Nak wat kol cepat. Nak antar sms cepat. Jadi kerja siap cepat. Wallualam.



p/s: Sumanya yang Allah bagi kat kita ni sebenarnya adalah 'Alat' untuk kita pergi menuju kearah Dia. InsyaAllah.




4 comments:

  1. kahakah last2 nokia simple jgk balun hahah


    henset2 cani klu takde & x langgan internet jadi takbest terus

    ReplyDelete
  2. tu r.. Nokia simple. Mudah kije. Setuju ngan ko. Layan semmartfon leh semmak hidup ko. Dah satu hal nk reg tenet lagi... Itu semua makan duit je tu... kalo tak fully utilize bek takyah...

    ReplyDelete

Komen adalah dialu2kan. Tapi sila la sign in dengan id anda untuk komen.. Terima Kasih.