Monday, December 19, 2011

Apa milik kita? Gadget? Efisyen yang penting!

"Mana milik kita?
Tidak ada milik kita
Semua yang ada
Allah yang punya"

"Tidak ada kita punya
Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat
Allah sudah sediakannya" - Rabbani, Mana Milik Kita.

Mana Milik Kita; sebuah lagu yang asalnya dibawakan oleh kumpulan Nadamurni dan kini didendangkan semula oleh kumpulan Rabbani, adalah sebuah lagu yang cukup menginsafkan sesiapa sahaja yang mendengarnya. - Taken from  Sini.


Tak ada satu pon yang menjadi milik kita. Hatta diri kita sendiri bukan milik kita. Semuanya hanyalah pinjaman sementara. Nikmat yang Allah bagi sebagai loan. Manfaatkan sebaiknya.

Ini merupakan salah satu cabang akidah bagi manusia secara amnya dan bagi muslim dan mukmin secara khasnya. Tanpa kita sedari, kadang2 kita sanggup bermati2an mempertahan apa yang kita sifatkan kita punya. Walhal semua yang ada kat dunia ni adalah Allah punya. Bila Allah tarik nikmat sikit, maka kita bermuram durja. Mana iman kita?

Harta yang kita ada, itu pon Allah punya.
Nyawa kita, Allah punya.
Roh kita, Allah punya.
Rumah kita, pon Allah punya.
Kereta kita, Allah punya.
Gadget kita? Allah punya jugak.
Duit kita, Allah punya.
Rezeki? kompem2 Allah punya.
semua2 lah... kalo nk list satu2 mmg xckop la nk taip sume kt sini.

So, kepada manusia2 yang tak sedar diri tu sila lah ingat balik. takyah nk "Ek" sangat ngan ape yang kita ada. Sebab semua tu bukan milik mutlak kita.

OK. Cukop Introduction. Kita masuk pulak bab "Alat/Gadget". Haaa... (*What?*)

Semenjak dua menjak ni, hamba sering menelek dan wat survey tentang handset/pda/smartphone yang ada kat pasaran. Sebagaimana kita semua maklum, teknologi semmartfon ni dah berkembang gila laju. Memang da sampai tak ter-catchup da. Dengan iphonenye, htc, samsung, sony erikson, motorola, nokia dan laen2. Serta beribu2 aplikasi yang disertakan digedung2 webapps iphone dan android. Kadang2 sampai naik semak nk pilih yg mana satu.

Kebetulan, hanset hamba telah ter-berenang-renang didalam mesin basuh. Maka memang "habes"lah enset hamba tu "kong". Ini semua gara-gara telupa nak keluarkan dari seluar mase nk basuh baju. (Isteri takde kat rumah, berpantang kat Banting. Jadi basuh baju sendiri. Camni la jadiknya..) Jadi, hamba mula mencari handset baru..

Disepanjang pencarian dan penilikan serta investigation hamba ke atas handset/semmartfon yang ada kat pasaran, hamba kembali kepada konsep asal keperluan handset. Dan hamba juga narrowdown-kan juga jenis penggunaan dan applikasi yang hamba rasa perlu diutamakan dalam handset and semmartfon. 

Akhirnya hamba sampai kepada satu konklusi: Handset / semmartfon ini hanyalah alat untuk melancarkan kerja dan urusan hidup kita.

Setelah konklusi dikeluarkan, hamba perasan yang umat manusia sekarang ni banyak buang duit ke atas gadget2 yang dorg langsung xreti guna atau hanya tau separaguna atau lebih mudah istilahnye, underutilized usage by the user. Gadget mahal. Tapi nk guna sekadar nk antar sms dan call. Apekah? Bukankah itu membazir? Hurm...

Kadang2, gadget2 yang mahal itu hanyalah untuk menunjuk2. Secara tak langsung telah menimbulkan sifat riak + takabbur. Haaa... "Aku ade Smasung Galaxy S II (contoh!). Aku hebat! Aku tech Geek! Aku Canggih! hahaha..." OK. Ini menyampah. Tapi, bukan semua la macam tu. Ada jugak yang fully-utilized dorg punya gadget. Itu bagus. Guna mengikut keperluan. Baru tak membazir. 

OK. Bila kita sebut fully-utilized pulak ada keburukannya jugak. Satu situasi. Pernah tak korang lepak ngan member2 korang kt kedai mamak / restoren / stall or kt mana saja pot lepak. Pastu masing2 layan semmartfon dorg? ade yang men game, BBM, chat, facebookin, twit2, etc. Bila kita tanya soklan dorg respon, "Aaa? Ape ko cakap tadi?" Adoiyai... Agak2 laaa.. Itu ok lagi respon. Kalo jenis tak respon, pastu layan aje semmartfon tu... Baek takyah lepak skali. Korang duk rumah aje laaa. Hamba cukop pantang ngan situasi macam ni. Sila jangan wujudkan situasi mcm ni depan hamba. Menyambah+semak! Pesanan kepada rerakan taulan sekalian. huhu...

Urm.. Function2 laen yang ada dalam semmartfon ni seperti GPS memang sangat membantu. Tapi hamba tak guna sangat. Penah nk cuba guna. Tapi, lagi suka guna jalan yang ada dalam kepala sendiri. haha... Selalunya hamba cuma gugel mapkan aje destinasi yang hamba nak pergi, then hamba akan hafal jalan tersebut. Alhamdulillah, Allah bagi anugerah mudah hafal jalan. Walaupon mungkin sesat2 sikit2, tapi InsyaAllah akan sampai ke destinasi yang dituju. Jadi, secara amnya, hamba tak perlukan GPS lagi setakat ini. Mungkin dimasa hadapan, bila jalan dah bersimpang siur macam haram mungkin hamba akan gunakan juga. Tengok lah keperluan nanti. 

Banyak lagi function2 laen dalam semmartfon yang boleh dikatakan mudah alih dan membantu. Seperti word processor, Office, Pdf viewer, photoshoot, fungsi edit2 gambar, video recorder, etc. Walau bagaimanapun,  Hamba rasa itu semua sudah ada dalam laptop. Dan hamba bukan jenis yang segala2nya mobile. Jadi hamba takperlukan semua itu, buat masa sekarang. Penekanan sekali lagi, Buat masa sekarang. Sebab masa depan kita tak tahu lagi... huhu...

Berbalik kepada pemilihan handset hamba tadi. OK. Last2, Nokia100 is my choice. Not a semmartfon, juz a simple phone. Hhuhu... applikasi yg paling basic untuk buat/menerima panggilan serta sms (Ada radio and flashlight jugak, tapi jarang guna). Cuma RM89.  Murah dan tahan lasak. Bateri tahan seminggu. Rekod bateri handset paling lama hamba pernah pakai. Dan yang paling penting efisyen. Nak wat kol cepat. Nak antar sms cepat. Jadi kerja siap cepat. Wallualam.



p/s: Sumanya yang Allah bagi kat kita ni sebenarnya adalah 'Alat' untuk kita pergi menuju kearah Dia. InsyaAllah.




Thursday, December 15, 2011

Menjengah ke Alam Sengkala Sakti

Terurai simpulan menegah sifat kusut,

Yang kendati hilang tiada berakhir.

Melonjak damai yg kian pudar,

Melangkahi zaman yg meruntun sentuhan belati,

Sifat samudera dilayar melalui jutaan titisan dakwat,

Kembali tiada maknawi.

Permainan sang perawi memecahkan dan memeritkan sang pendekar,

Istilah berjuang tidak melandai mulai goyah,

Erti kebenaran sudah di buang kemana hilang mencari,

Laras bahasa diguna membuai sang perampok,

Merdeka jiwa rakyat dimanipulasi gambaran jiwa si penurut.

Bebas gerak kerja tersekat dek kongkongan sang arjuna citara,

Rimba gunakan undang-undang metropolitan.

Dan metropolitan gunakan undang-undang rimba.

Kembara hamba di alam sengkala sakti,

Menerjah ke jurang yg tiada dasar,

Mengamit segala makna istilah untuk menghasil sekelumit erti.






p/s: Ini merupakan basa-basi hamba mencoletkan secicip catitan peribadi...  =)

Ditulis 2 tahun lalu. Saja tgh tgk2 blk notes2 kt fb tu, tetibe tejumpe coletan ni. Repost aje kt blog sbb da ade blog. huhu... Dulu xdak blog lagi, jadi colet2 laaa kt not fb tu.. huuu... The original post is here.



-------------------------

Tuesday, November 1, 2011

Permata Hati Hamba - Amni Rauhah Binti Mohd Akmal

Di sini, Hamba ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Mak, Abah, Kak Nora, Sarah, Adik, Kak Fie, Kak U, dan Kak Na kerana banyak membantu hamba dan isteri sepanjang proses bersalin ni. Terima kasih di atas sokongan padu moral dan material kalian. Tidak lupa juga sokongan daripada keluarga di Perlis, Abah, Along, Anip dan adik2, terutama Umi dan Chik yang sanggup datang dari sejauh Perlis untuk meraikan anak kami yang baru dilahirkan. Dan terima kasih juga kepada saudara mara serta rakan taulan dan sahabat handai di atas ucapan tahniah dan doa kalian semua. Semoga Allah membalas jasa baik kalian. =')
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Alhamdulillah.. Tanggal 26/10/2011 jam 8.19 mlm, lahirlah anak perempuan hamba ke dunia. Awal 2 minggu dari tarikh yg dijangka. Anak hamba telah lahir pada minggu yang ke38.

Amni Rauhah binti Mohd Akmal. Itulah nama anak hamba. Dah daftar buat surat beranak di JPN Banting da pon. Dengan berat 2.7kg semasa lahir, anak hamba ditahan di wad kanak2 selama 3 hari. Ini disebabkan oleh komplikasi yang berlaku semasa isteri hamba hendak melahirkan anak hamba ini. Air ketubannya telah bocor lebih 24 jam. Jadi anak hamba telah ditahan untuk pemerhatian.

Apabila umur Amni mencecah 2 hari, kuning a.k.a jaundice mula menampakkan diri. Lalu anak hamba pon disinarkan dengan pancaran UV. Pakai spek ooo anak hamba. Tapi dia tak selesa. Asek nanges aje. Jadi kene la pangku dier. Skali ngan ibu n abah dier pon kne sinaran UV. huhu...

Isteri dan anak hamba telah discharged dari hospital pada hari yg ke-3. Alhamdulillah...

Jadi disini hamba letakkan gambar2 Amni Rauhah untuk tatapan keluarga (tok, tokwan, pak2 menakan, mak2 menakan, acik2, maman2, wak2, mbah, atok, etc) dan rakan taulan / sahabat handai.

Amni Rauhah 2jam selepas lahir. Carik susu. nganga2 aje mulutnye... huuuu...

Menitis air mata ooo tgk anak da depan mate.
Nak2 beby nanges. Huu.. berjujuran air mata hamba.
(T_T)

Lapar2..

Susu xde... Tido lah.

Abah ngah amek gambar... kontrol ayu.


Hamba dan Amni Rauhah.

Close up picture with Amni The Heart Melter.

Tadaaa... 

Huhuuu... Amni kne duk dlm bekas plastik lutsinar dan dibungkus kemas.

Amni ngan Maklang Nabilah

Amni tdo dulu.

Nape Tok Umi, Maklang and Ibu nk tgk Amni ni? Malu la Amni..

Tenangnye anak Abah tido... ~~~

Ibu baring ngan Amni. Tapi kt hospital lagi laa... Tak balik lagi.

Ni Tok Umi nak pesan... 

Alor lor lor anak Abah... hehe~~


Amni bukak mate sikit2...

Heh? Sape depan Amni ni?

Wachaaaa...

Zup Zup...

Haish~~ Masuk2...

Adeh.. Leteh laaa. haaa... tangkapla byk2 gambar Amni.

First time Amni nek keta lepas lahir. Dipangku Tok Umi.

Tok Umi pangku Amni lagi.. Maklang dok amek gambar Amni.

Gegar2 dalam kete..

Jadi Amni pon tido...

Eh.. tak tido rupenye...

Amni dipangku Tok Umi... Tok Umi nak balik Perlis da japgi.

Tangkap gambar ngan Tok Umi byk2.. nnt lame lagi baru leh jumpe  Amni.

Amni Rauhah dan Tok Umi.

Anak Abah tido lagi? Mesti r.. Amni kne tido 16jam sehari..

Amni n Abah


Amni n Ibu. Bestnye tido atas Ibu...

Selesanya anak Ibu tido...

Ibu lenguh laaa... Letak Amni kt tilam Amni laa...

Yela2.. Amni Surrender...~~
 (Amni akan tido gaye ni selalu bile tak dibedung..
haha.. da macam gaye hamba tido da...)

p/s: Sape2 nak datang melawat Isteri dan anak hamba, kalian boleh datang ke Kg. Sg. Kelambu, Banting Selangor. Dekat ngan Jaez Halal Mart. Depannye aje. InsyaAllah, Isteri dan anak hamba akan tinggal dirumah mertua hamba sepanjang tempoh berpantang isteri hamba... Harap Maklum ya. 




Tuesday, June 7, 2011

Rasional keSeksian

1. Sejak akhir2 ini hamba selalu berfikir akan rasionalnye keseksian yg ada pada iklan2 dan komersial2 tv dan gaya hidup kontemporari yang mengamalkan fesyen "bukak2+ketat2" pada part2 tubuh yang so-call-sexy. Fikir punya fikir punya fikir dan fikir sefikir fikirnya.. Hamba terarah kepada beberapa kesimpulan.

2. Ape rasionalnye fesyen "bukak2+ketat2"?

Pertama. Baru la laku deodorant pemutih ketiak. hahaha. Bagi wanita2 dan lelaki2 yang memakai baju yang sleeveless kompem memang niat nk tunjuk tangan gebu atau taff serta mahu menunjukkan ketiak yang Cantik~ ( macem harem). Memang takleh blah bile tgk iklan bukak ketiak. Rase macam menjijikkan. Buruk seburuk2nye. Perlu ke nak tunjuk ketiak? Hamba pun kurang faham. Tapi tu laaa... Nak lariskan produk pemutih ketiak. Siap cabut sleeve sbb nk tunjuk ketiak untuk tahan kereta nak mintak tolong. Hadeh... Bongok2. Jijik r..  huhu~

Tips: Ape penyebab ketiak hitam? Sebab bercukur. Bulu ketiak tak elok dicukur. Elok dicabut aje.. Our Beloved  Muhammad had shown the way how to deal with armpit hair.. haaa... Lagipon kalo cukur bulu ketiak kan tak selese? Gatal2.. Malah mudah teluke kalau nk shave. So, elok cabut. Nak cabut pulak, cabut r sikit2. Takyah la nak gumpal2 atau gentel2 segenggam baru cabut. mmg la sakit. cabut sikit2.. 2,3 helai ke skali.. Mmg la lambat. Tapi hasilnya sangat memuaskan hati. Nanti bulu yang baru naik, lembut aje. Takde r gatal2. Dan ketiak takkan bertukar menjadi hitam! haaa... Kalo tak caye cube laaa.. Selamat beramal. XD

Kedua. Melariskan shampu2 dan salun2. Alaaa Vogue gitu... Iklan macam ni sangat menyentuh hati kepada orang yang free hair. Kenape? Sebab kalo nak keluar kompem kena selenggara rambut dulu. Buat macam2 fesyen. Ikot occasion. Masa bekerja gaya professional. Masa melepak gaya santai. Masa kenduri gaya bergaya. Dan macam2 lagi. Jadi, hanya guna tangan... "Rebonding ke?", "Taklah.. gune shampu aje..", "Seolah2 membuat rawatan stim"...

Tidaklah salah kalau hanya untuk merapikan dan mencantikkan rambut dirumah. Sebagai penjagaan rambut agar tidak rosak.

Ketiga. Me-Laku-kan alat2an pencukur. No bulu et all.. =) Seorang wanita berjalan di satu kaki lima. Tetiba skirt labuhnya tersangkut pada pagar. Zappp! Terkoyak... "Alamak! Cane ni?". Zrutt... Dia dengan bangganya mengoyakkan skirtnya itu sehingga menjadai skirt pendek. Dan berjalan dengan penuh konfiden. Sebab kaki dier togel. Wutta... Ape rasionalnye? Aiyaaa...

Ape masalahnye kalo ade bulu kaki? Kalo tutup sure takde masalah. Yang jadi masalahnye bile nk bukak tunjuk kat orang. haaa.. Sedar tak sedar kita telah dan sering disogokkan bahawa mempunyai bulu itu adalah sesuatu yang memalukan. Lalu produk2 menghilangkan bulu2 dibadan terhasil dan terjual dengan banyaknya. Sape yang untung? Fikir2kanlah. Tak salah nak shave. Tapi biarlah pada tempat2 yang dianjurkan sahaja. Yang lain2 tu takyah la... Ni tidak.. Macam ayam togel aje kelihatannye.

Bagi yang lelaki pulak, misai dan janggut tu kalo boleh xnak ade. Baru la nampak Korea! a.k.a Jambu-looks. Berbogel aje muka tu.. Wutta... This is irrrrrrelevant! Kennok Go! Kamon laa.. tunjukkan kelakian anda. Simpan la misai tu... janggut ke... kalo nak simpan dua2 pon lagi baek. Tapi kepada sape2 yang secara semulajadi tak keluar misai atau janggut tu dikecualikanlah. No offense k. Hanya ditujukan kepada yg berkenaan...

Cerita pasal misai dan janggut ni teringat plak kata2 ustaz hamba masa belajar dulu. Feveret quote dier bukan hamba ye.., "Kalo ade misai takde janggut, Kuuucing. Kalo ade janggut takde misai, itu Kaaaambing. Kalo takde misai takde janggut, itu Baaabbi". Hahaha... (stressed again... this is my ustaz says. not mine.)...

Ke4. Krim penghilang parut akan jadi goreng pisang panas.  "Iklan lawak". Itu pernyataan yang dikeluarkan oleh isteri hamba tatkala melihat iklan penghilang parut dikaca TV. Tapi memang lawak pun. Adakah hanya disebabkan parut, maka akan merasa inferiority complex. Parut aje pon. Kalo pakai tutup cantik2 tadeknye nk nampak. Yang jadi masalahnya, sama macam diatas, bila nk bukak itu ini nk tunjuk kat orang. Kononnya up-to-date. This is ridiculous.

Lainlah kalo parut tu bersilang kt muka. Obvious kt muka mcm parut jerawat ke, parut tertoreh ke, parut tersangkut paku ke.. Takpa gak. Ni parut kat bisep dan bahagian yang boleh ditutup menjadi kerisauan. haha... Mmg lawak. Setuju dengan kamu wahai isteriku!

Ke5. Alat tarikan sex (Alat penderaan sexual). Obviously! "Tgk boleh, pegang takleh...? Erghhhh... Gangguan seksual!!!", berkata lelaki2 yang teraniaya... Haha...

3. Kesimpulan yang paling ringkas? Keuntungan komersial dan Manipulasi Wanita. Secara tak langsung untuk menjayakan program Menjatuhkan dan Meruntuhkan Akhlak. Sekian.



---------------------------------------------------------------------------------------

Monday, May 23, 2011

Engko tau, dia tu kan... macam tu macam ni...

1. Adat berkawan... Ada masa baik, ada masa tak baik. Ada masa kita gembira ada masa kita kecewa. Bagai mana nak ukur seorang kawan yang baik? Kayu ukuran bagi setiap orang adalah berbeza. Jadi kalo boleh cari satu standard yang boleh dijadikan kayu ukur yang baik dalam menentukan seseorang itu seorang sahabat yang baik atau tidak.

2. Bagi hamba, seorang kawan sejati a.k.a sahabat yang baik ialah orang yang selalu berbaik sangka dengan temannya. Malah dia hanya melihat yang baik2 saja pada temannya. Andai kata terlihat akannya sesuatu yang buruk pada temannya, dia akan dengan sedaya upayanya untuk menutup kekurangan itu. Jadi tidak timbul isu fitnah atau angin berkhabar yang kurang baik. Kalo boleh sebarkan kebaikan aje. Yang mane yang buruk tu biarlah simpan dekat kite aje... Itu baru lah Best Friend Forever a.k.a BFF.

3. Tidak perlulah kita mengungkit2 atau bergusip2 akan keburukan seseorang yang kita jadikannya kawan kita. Kalau kita ikot guide sahabat2 Rasulullah dalam berkawan dan bersaudara, serendah2 tahap dalam berkawan a.k.a sahabat adalah Berbaik Sangka (Husnu Dzon).  Jadi tidak timbul isu nak berburuk sangka. Tengok member, lain macam sikit, mula lah nak wat spekulasi mcm2. It is not a good practice ok! Malahan akan menimbulkan rasa kurang senang pada hati masing2.

4. Dan setinggi2 tahap dalam bersahabat adalah mengutamakan sahabat sehingga sanggup mengorbankan apa saaja untuknya (Iithaar). Wallahualam.

5. Adapun cerita tentang keburukan itu disampaikan untuk dijadikan iktibar semata tanpa menyebut nama orang yang dimaksudkan, maka ianya diHARUSkan. Kalo disebut namanya, jatuhlah hukum MENGUMPAT. Cuma berhati2 lah. Kalo ditokok tambah dengan citer yg tidak benar ia akan jadi FITNAH. Jadi, jalan yang Taarrbaekk, adalah DIAM. Huhu...

6. Kesimpulannya, tengok yang baik2 sudahlah pada diri kawan2 kita. Yang buruk tu tolong la kaver. Kalo kita kaver keburukan orang lain, nanti Allah akan kaver keburukan kita di akhirat. InsyaAllah. Marilah kita tgk tahap kita kat mana dalam berkawan dan bersahabat. Buatlah penambahbaikan. InsyaAllah, diberkati hubungan kita sesama manusia...

p/s: Sebarkan kebaikan, kaverkan keburukan. InsyaAllah tenang perhubungan...


------------

Wednesday, May 4, 2011

Hubungan kita dengan mak ayah kita.. Adakah OK??? Check2...


 

1. Satu malam hamba berkongsi2 cerita dengan seorang rakan baik hamba. Tetiba beliau menyampaikan satu ceritera yang hamba rasa sangat terkesan dengannya. Jadi disini hamba serba sedikit mahu lah menyampaikan akan ceritera tersebut.

2. Ceritanya bermula apabila sahabat hamba ini pergi ke sebuah seminar motivasi yang dianjurkan syarikatnya. Seminar tersebut berkisar tentang pembangunan diri seorang pekerja. Atau begitulah objektifnya. Hamba pun kurang ingat secara keseluruhannya. Apa yang sahabat hamba tertarik adalah apabila ahli panel menyampaikan tentang hubung kait semula jadi antara 'Kejayaan dalam pekerjaan' dan 'Keluarga yang bahagia' dengan 'Hubungan dengan ibubapa kita'.

3. Seorang ahli panel dalam seminar tersebut telah tampil dengan satu teori yang hebat. Satu Law of Nature. Teori atau Law ini tak pernah lagi salah setakat ini. Apa yang menariknya, memang kena seketol tang tang atas batang hidung. Memang sangat mengujakan.

4. Ahli panel tersebut membahagikan manusia atau seorang individu itu kepada dua golongan. Yang pertama golongan yang berjaya dalam hidup dan pekerjaannya. Satu lagi adalah golongan yang berjaya atau bahagia dengan keluarganya a.k.a mempunyai keluarga bahagia.

5. Kita selalu berjumpa dengan orang yang berjaya dengan kariernya tapi 'fail' dengan keluarganya. Dalam pekerjaan dia lah bos yang paling disegani dan berduit banyak. Namun keluarganya out terus. Tunggang langgang. Ada juga yang keluarganya bahagia. Tapi kerja takat tuu aje laaa. Tak ada improvement langsung. Ada juga yang dua2 out. Dan ada juga yang dua2nya adalah Tarrrbaek...

6. Apabila ahli panel tersebut menyatakan bahawa ini adalah Lumrah Semulajadi ataupun Law of Nature. Sememangnya ia tidak akan lari barang satu pun. Apa yang beliau maksudkan? Ahli panel tersebut mengaitkan kejayaan didalam bidang kerjaya adalah berkaitan dengan hubungan seseorang atau individu dengan ayahnya. Kalau baik hubungan seorang individu tersebut dengan ayahnya maka berjayalah dia dalam kariernya. Dan berjayanya seorang individu itu dalam keluarganya itu pula bersangkut rapat dengan hubungannya dengan ibu atau maknya. Sapa2 pun lah yang mempunyai hubungan yang baik dengan ibunya maka aman damailah rumah tangganya.

7. Apa yang dapat hamba simpulkan dari perkongsian shabat hamba itu adalah seperti dibawah dengan sedikit tokok tambah dari ilham hamba yang sederhana aktif ini...

Hukumnya mudah aje:

Baek dengan ayah = Kerjaya excellent;
Baek dengan mak = Keluarga bahagia;
Bermasalah dengan ayah = Kerjaya out;
Bermasalah dengan mak = Keluarga tunggang langgang;


So, ramuannya mudah:

Baek dengan ayah + Baek dengan mak = Berkat + Berkat = Kerjaya excellent + Keluarga bahagia = Tarrbaek

Baek dengan ayah + Bermasalah dengan mak = Berkat + Tiada keberkatan = Kerjaya excellent + Keluarga tunggang langgang = Menyedihkan dan menyadiskan

Bermasalah dengan ayah + Baek dengan mak = Tiada Keberkatan + Berkat = Kerjaya out + Keluarga bahagia = Kurang memberansangkan

Bermasalah dengan ayah + Bermasalah dengan mak = Tak Berkat + Tak Berkat = Kerjaya out + Keluarga tunggang langgang = Macam haram!


8. Hukum ini memang merangkumi setiap individu manusia. Kalau tak percaya cubalah tengok sekeliling kita. Ada tak orang yang ada krisis dengan ibunya hidup bahagia dengan keluarganya? Tak kira lah suaminya atau isterinya yang punyai krisis itu. Mesti keluarga mereka tidak pernah bahagia. Samada bertengkar siang malam, atau pun bercerai berai, ataupun anak2 jadi tak tentu hala, atau pun sisuami atau siisteri bermain kayu 3 a.k.a makan luar dan seribu satu macam lagi. Cer perati... hu...

9. Sapa2 yang rasa kerjaya dia tak penah bertambah baik. Pangkat ngan gaji tak naik2. Bonus jarang2 atau tak pernah dapat. Padahal wat kerja bagai nk gila. Ataupun susah nk dapat kerja atau nk tukar kerja. Bertakuk pada tahap yang sama selama 3 tahun. Ataupun bisnes tak berkembang2. Takpun bisnes lingkup. on off on off.. Cuba lah check hubungan ngan ayah dulu. Mesti ada yang tak kena. Tapi yang takleh blah tu mudah aje nak blame orang lain dan keadaan, kata orang tu buat lah, orang tu santau la... Memang tak dinafikan berlaku perkara sedemikian. Tapi, cubalah balik kepada yang asas dulu. InsyaAllah dipermudahkan.

10. Kalau nk dinukilkan contoh2 yang ada, kompem tak abes nk taip kt sini. Marilah kita sama2 fikir, hisab balik diri kita dan keadaan disekeliling kita. Tengoklah pada keluarga kita, adik beradik kita, sedara mara kita, jiran2 kita, rukun tetangga kita, kawan2 kita... Hukum ni wujud tak?

Ingat mak dan ayah selalu...

11. Bagi yang sudah berumah tangga atau sudah bersuami atau beristeri. Pastikan suami atau isteri korang menjaga hubungan dengan parent dia. Kerana kalau kata seorang suami yang baik dengan ibu bapanya tapi hubungan isterinya dengan mentuanya out, turut sama akan memberi impak dalam keluarga. Kerana suami ketua keluarga. Sepatutnya ditegur akan isteri itu untuk penambahbaikan dalam hubungan dengan ibubapanya. Dan vice versa. Isteri sebagai naib ketua keluarga wajib tegur ketua. Kerana Ketua bukan sempurna. Beliau jua manusia. Sama2lah berusaha dan meningkatkan diri.

12. Kesimpulannya disini, sesiapa yang tak tak excell dalam karier dia ataupun berhadapan dengan masalah keluarga, cubalah check balik hubungan anda dengan ibu bapa anda. Mesti ada slack barang sebarang perkara. Kalo mak ayah terasa hati, itu dah cukup untuk menimbulkan kesulitan dalm kehidupan seharian kita. Sebab tu, Allah sendiri suruh kita berbuat baik dengan ibubapa kita. Allah cakap direct kot dlm alQuran. Itu dah dikira perintah. WAJIB! Sebab dia yang mewujudkan Law tersebut.

p/s: Berbuat baiklah dengan mak ayah kita... InsyaAllah diberkati dan dipermudahkan segala urusan. Redha Allah adalah selepas Redha mak ayah kita. Ingat itu selalu... 

**Komen adalah amat dialu2kan. Sebarang pertambahan pendapat juga adalah sangat digalakkan. Sekian.

***Kredit to Micheal a.k.a Adilaimi. Thanx for the sharing. =')


...

Wednesday, April 6, 2011

Seriau

Notes: Seriau = risau

Setelah selesai ujian UPT isteri hamba 3 hari lalu, hamba adalah orang yang paling gembira apabila mengetahui akan kehadiran ahli keluarga yang ke-3 dalam keluarga hamba. huhu.. tak sangka dalam 7 bulan lagi hamba akan bergelar seorang abah. Berbunga2 aje rase dalam hati. Alhamdulillah, kad rekod kehamilan isteri hamba sudah siap. Cuma sedang menunggu keputusan ujian isteri hamba yang perlu hamba ambil dalam 2 hari lagi. Mungkin esok kot. InsyaAllah...

Sekarang da 2 hari isteri hamba balik ke Banting. Maka tinggallah hamba di Perlis atas urusan kerja. Agak menyedihkan bila berpisah dengan isteri. Tambah lagi ade baby dlm kandungan. Sebak aje mase antar. Within 5 minutes, I already miss her and my baby... Baby, take care of your mother k... I'll come back soon. Huhuhu~ Malam Sebelum isteri hamba pulang, seriau rasa nak antaq dia balik sorang2. Takut jadi apa2. Alhamdulillah isteri hamba selamat sampai ke Banting. syukur~

Hujan da turun tanpa henti di kawasan rumah hamba selama 3 hari. Dan outcome-nya adalah BAH atau banjir. haha.. Merasa jugak pengalaman banjir di perlis. Sebelum ni bah kat perlis ni bulan 11. Hamba tak dak kat perlis. Time tu tengah exam kat UIA. Jadi tak sempat balik lagi. Tepon2 jaaa...

Dalam 3 hari ni memang dok seriau dah nk bah rumah. Hujan gila2 punya lebat. Sungai belakang rumah plak kecik jaaa... Rumah hamba ngan sungai cuma berjarak xsampai 5 meter. haha.. dekat gila. Apa lagi, sekali ayaq mai, teruih terjah masuk rumah. mujoq laaa da siap apa yang patut. angkat tong togey, gulung tikaq, letak bata bawah perabot2 dan set kusyen, tutup lubang2 yang sepatutnya... Alhamdulillah, ayaq slow la sikit masuk. Takdak la kotoq sangat ayaq yang masuk. Lumpoq kurang sikit laaa... Jadi kerja pencucian dimudahkan. Bah kali ini mungkin akan berlarutan lagi 3 ato 4 hari lagi. huhu..

Tapi yang macam haramnye, dalam duk bah tu ada gak group2 mat motor yang bangang. Nak men ayaq bah pon men la jejaoh. Nak gak men depan rumah hamba. Dah tau bah, bukan nk tolong orang yang rumah kena bah. Tapi buleh dok ram motor depan rumah. Sambil hamba menulis ni pun sambil dialun dengan dengungan ram motor celaka depa. Yang mangsa bah mcm hamba ni lagi la tensen. Da la rumah penuh ayaq, depa plak duk tambah bisng. Mai ramai2 duk ram motor dalam ayaq. Macam haram. Nak ja tengalung ngan buah nyiok. Bengang2~ Dengan eksos batang paipnya, eksos kontotnya, even ada yang letak getah paip kt muncung eksos. Lagi harem. Bongok2.. Semoga Allah bagi hidayah kt depa supaya tak mai duk ganggu ketenteraman org awam lagi especially mangsa banjir mcm keluarga hamba dan penduduk di sekitar Kg. Paya Gemboi. Ameen...

Notes: Sebenarnye hamba nk post mase 28/3/11 ritu. tapi takdapat tenet lak. jadi post rini laa.. haha... =)